Tuesday, 31 July 2012

Dawn To Dusk

Tadi pagi, sewaktu nak turun pergi kerja (sebab saya tinggal di tingkat paling atas kondominium), terserempak dengan satu Nyonya yang baru nak bersiap-siap pergi 'jogging' (daripada penampilan dan pakaian dia - dia tengah nak pakai kasut kat luar unit rumah dia), jadi saya tegur dia,

"Good Morning!"

"Good Morning to you? Are you new here, because I have never seen you before?" Nyonya tu tanya saya. Jadi saya pun jawab balik,

"Not really new, we moved here months ago and living at the top floor. You hardly see me because I leave to work before dawn and come home after dusk."

"Where are you working?" Nyonya tu mula ramah.

"I am working in KL, so I have to leave really early." Saya jawab balik.

"Oh, yeah. Otherwise you will be stuck in the traffic jam." Andaian nyonya tersebut.

"So have a good day to you." I tried to cut the conversation short and smiled at her and she smiled at me back and returned the greets.

Macam mana nak kenal jiran tetangga, kalau dah hari-hari keluar subuh balik Maghrib, kadang-kadang Isya'? Tapi, sekurang-kurangnya, bila terserempak dengan jiran tetangga, saya akan cuba sedaya upaya untuk senyum dan bertegur sapa dengan jiran tetangga. Maklumlah, hidup berjiran ni, kalau jarang-jarang bersosial pun at least kena la kenal jiran tetangga sebab jiran tetangga ni adalah orang yang terdekat dengan kita selian daripada isi rumah kita sendiri. Kalau ada musibah, sekurang-kurangnya, senang nak minta tolong.... Wallahualam!

Anda kenal jiran anda?

Fikir-fikirkan lah!

Norul Abdul

Sunday, 22 July 2012

Scrpabook Mini Album Uses Envelopes

Hi Readers,

Proudly shared with you my first scrapbook mini album I made from the envelopes. I hope this would inspire some of new scrapbook-ers or an amature scrapbooking lovers to make thier very own version. I will share with you the basic steps on how to make this mini album using envelopes in the next post. Hope you enjoy it and all the best in your trial!

The scrapbook mini album from envelopes - the final product.

From the inside pages

From the inside pages

From the inside pages

From the inside pages - Slot-in notes



Flaps & notes


Tuesday, 17 July 2012

Enam Kerjaya Bagi Mereka Yang Kurang Gemar Bekerja Dengan Orang Lain

Anda Kurang Kemahiran Berinteraksi dengan Individu Lain? Jangan risau, itu bukan satu masalah besar. Jika anda ingin mencari kerjaya yang tidak memerlukan anda untuk berkomunikasi secara konsisten dengan orang ramai. Jika anda adalah seorang yang suka berkerja dalam keadaan tenteram dan bersendirian secara berterusan, di sini saya melalaui Yahoo! Jennifer Berry menyarankan enam kerjaya bagi mereka yang kurang kemahiran untuk berinteraksi dengan orang ramai.

Kerjaya #1 - Akauntan
  • Berinteraksi dengan spread sheets dan lajer adalah lebih baik daripada mendengar rungutan pelanggan, dan rakan sekerja? Ini adalah kerjaya pilihan mereka yang kurang gemar berinteraksi dengan orang ramai secara kerap. Kerjaya ini memerlukan sekurang-kurangnya ijazah dalam perakaunan daripada mana-mana universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Bayaran gaji juga agak lumayan bergantung kepada sesuatu kebolehan dan pengalaman kerjaya anda!

Kerjaya #2 - Technical Writer
  • Jika anda memerlukan waktu untuk berfikir dan kurang berinteraksi dengan orang ramai, apa kata anda cuba mendalami apa itu yang dikehendaki sebagai seorang 'technical writer'? Kebanyakan technical writer berjaya dan hidup mewah walaupun hanya bergantung kepada idea-idea yang terdapat dalam kepala mereka. Selain daripada bekerja secara individu, anda jugak boleh berkerja secara fleksibel dalam kerjaya ini. Kelayakan minimum adalah mana-mana ijazah yang diiktiraf kerana kerjaya ini adalah meluas bukan sahaja tertakluk kepada persekitaran journalism, malah dalam bidang komunikasi juga.

Kerjaya #3 - Graphic Designer
  • Jika anda seorang yang suka berimaginasi dan bersendirian, tanpa gangguan daripada rakan sekerja secara konsisten? Apa kata gunakan kebijaksanaan dan imaginasi anda yang kreatif itu sebagai pereka grafik? Selain daripada bekerja untuk sesebuah syarikat, anda juga boleh bekerja sebagai "freelancer" atau secara sambilan dari rumah atau mana-mana sahaja. Lebih kreatif seseorang pereka grafik tertentu, lebih lumayan bayaran yang akan diterima! Berani, apa kata anda belajar graphic designs dari mana-mana universiti tempatan atau luar negara.

Kerjaya #4 - Software Developer
  • Jika anda lebih yakin dan senang untuk berinteraksi dengan computer walaupun kadang-kala computer juga memberikan ada masalah daripada berinteraksi dengan seribu macam karenah indivud? Jika betul, ini adalah salah satu pekerjaan yang sesuai dengan anda. Terdapat juga antara syarikat-syarikat terbilang di Malaysia menawarkan fleksibelity untuk Software Developer bekerja daripada rumah. Untuk pekerjaaan ini, kelayak minimum adalah diploma atau ijazah dalam Sains Komputer, Software Engineering atau mana-mana ijazah yang berkenaan dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Kerjaya #5 - Medical Laboratory Technician
  • Jika dengan menerima specific arahan untuk melaksanakan sesuatu dan anda sendiri lebih arif dengan apa yang bakal anda hadapi dan laksanakan, Juruteknik Makmal Perubatan adalah antara kerjaya untuk anda. Mereka dalam bidang ini selalunya akan bekerja dengan individu pesakit yang tertentu. Dalam apa jua keadaan, hanya anda dan pesakit sahaja. Yang menariknya, dalam bidang ini anda akan berpeluang untuk bekerja di bawah penyeliaan  medical laboratory technologist atau laboratory manager dalam penyedian dan penyelidikan saintifik seperti penemuan sample-sample tisu badan manusia, body liquids, dan sebagaianya daripada seseorang pesakit tertentu. Kelayakan akademik yang diperlukan untuk pekerjaan ini adalah 'medical laboratory technician accosiate's degree' - kurang popular di Malaysia.

Kerjaya #6 - Information Security Analyst
  • Mencegah jenayah adalah lebih berfaedah daripada menyelesaikan sesuatu jenayah yang telah berlaku. Ini membuktikan kehebatan anda dalam sesuatu bidang seperti yang akan dilakukan oleh Penganalisa Keselamatan Maklumat yang kian popular di zaman cyber ini. Anda akan kurang berinteraksi dengan orang ramai, dan hanya terlibat secara langsung di belakang tabir.
Fikir-fikirkan!
NorulAbdul

Memandu Kereta di atas Jalan Raya di Bandaraya Kuala Lumpur

Mesti tajuk di atas sudah memadai untuk membuat sesetengah daripada anda semua, MENGELUH! Terutamanya bagi pemandu-pemandu kereta wanita yang BARU sahaja mendapat LESEN Memandu! Bermakna kereta mereka mempunyai ini - Pelekat P di hadapan dan di belakang cermin kereta! Ini adalah sebagai satu medium komunikasi kepada pemandu-pemandu kenderaan yang lain bahawa, kenderaan-kenderaan yang mempunyai pelekat P adalah pemandu baru yang mendapatkan lesen memandu, justeru bertimbang rasa adalah disarankan kepada setiap pemandu di atas jalan raya. Namun sebaliknya pula yang SELALU terjadi.

Pelekat P pada kenderaan- Gambar Ehsan Google



Pemandu baru dengan Pelekat P pada kenderaan - Gambar Ehsan Google



KEBANYAKAN (ditegaskan di sini - TIDAK semua) pemandu yang sudah lama memandu (kadang-kala yang baru mendapat lesen memandu secara SAH jugak bersikap acuh tidak acuh) kurang bertimbang rasa dengan pemandu yang baru mendapat lesen ini kerana atas beberapa sebab yang antaranya adalah:

1) Ah, lembab-lah, drive macam kura-kura!
2) Bodoh betul depan kan tak der kereta! Bongok jalan-lah!
3) Laju sikit boleh tak bodoh? Aku dah lambat nih.
4) Ah, terhegeh-hegeh, aku potong kang!
5) Budak baru belajar, nih buat aku hangin satu badan nih. Dah tak der kereta tu keluar je lah simpang. Kalau takut baik naik basikal je!

Pernahkah anda menghadapi situasi sebegitu atau ANDA sendiri yang melakukan perkara seperti di atas? Bertimbang rasa lah sedikit di atas jalan raya. Kita dulu juga pernah menjadi pemandu baru sebelum kita menjadi sebegitu MAHIR di atas jalan raya seperti mana kita sekarang ini.

Satu fenomena biasa di atas jalan raya di Kuala Lumpur atau di kebanyakan jalan raya di Malaysia ialah, pemandu yang tidak dibekalkan dengan pengetahuan tentang KEWUJUDAN dan FUNGSI lampu isyarat (signal lights/blinker/indicator) yang amat penting ketika di jalan raya terutama di waktu malam atau dalam keadaan yang gelap atau pandangan kurang jelas.? Jadi tolong-lah nyalakan lampu kenderaan anda bukan sahaja untuk memperlihatkan kewujudan anda di atas jalan raya, mengkomunikasikan arah halu tuju kenderaan anda, tetapi paling penting adalah untuk keselamatan anda dan juga pengguna jalan raya yang lain.

Jangan sampai anda terdengar orang menjerit pada anda, "Hello, brother! Tak guna drive kereta besar-besar, mahal-mahal, kalau tak ada signal...brooo! Naik train je la!"

Fikir-fikirkan!

NorulAbdul