Anda Kurang Kemahiran Berinteraksi dengan Individu Lain? Jangan risau, itu bukan satu masalah besar. Jika anda ingin mencari kerjaya yang tidak memerlukan anda untuk berkomunikasi secara konsisten dengan orang ramai. Jika anda adalah seorang yang suka berkerja dalam keadaan tenteram dan bersendirian secara berterusan, di sini saya melalaui Yahoo! Jennifer Berry menyarankan enam kerjaya bagi mereka yang kurang kemahiran untuk berinteraksi dengan orang ramai.
Kerjaya #1 - Akauntan
- Berinteraksi dengan spread sheets dan lajer adalah lebih baik daripada mendengar rungutan pelanggan, dan rakan sekerja? Ini adalah kerjaya pilihan mereka yang kurang gemar berinteraksi dengan orang ramai secara kerap. Kerjaya ini memerlukan sekurang-kurangnya ijazah dalam perakaunan daripada mana-mana universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Bayaran gaji juga agak lumayan bergantung kepada sesuatu kebolehan dan pengalaman kerjaya anda!
Kerjaya #2 - Technical Writer
- Jika anda memerlukan waktu untuk berfikir dan kurang berinteraksi dengan orang ramai, apa kata anda cuba mendalami apa itu yang dikehendaki sebagai seorang 'technical writer'? Kebanyakan technical writer berjaya dan hidup mewah walaupun hanya bergantung kepada idea-idea yang terdapat dalam kepala mereka. Selain daripada bekerja secara individu, anda jugak boleh berkerja secara fleksibel dalam kerjaya ini. Kelayakan minimum adalah mana-mana ijazah yang diiktiraf kerana kerjaya ini adalah meluas bukan sahaja tertakluk kepada persekitaran journalism, malah dalam bidang komunikasi juga.
Kerjaya #3 - Graphic Designer
- Jika anda seorang yang suka berimaginasi dan bersendirian, tanpa gangguan daripada rakan sekerja secara konsisten? Apa kata gunakan kebijaksanaan dan imaginasi anda yang kreatif itu sebagai pereka grafik? Selain daripada bekerja untuk sesebuah syarikat, anda juga boleh bekerja sebagai "freelancer" atau secara sambilan dari rumah atau mana-mana sahaja. Lebih kreatif seseorang pereka grafik tertentu, lebih lumayan bayaran yang akan diterima! Berani, apa kata anda belajar graphic designs dari mana-mana universiti tempatan atau luar negara.
Kerjaya #4 - Software Developer
- Jika anda lebih yakin dan senang untuk berinteraksi dengan computer walaupun kadang-kala computer juga memberikan ada masalah daripada berinteraksi dengan seribu macam karenah indivud? Jika betul, ini adalah salah satu pekerjaan yang sesuai dengan anda. Terdapat juga antara syarikat-syarikat terbilang di Malaysia menawarkan fleksibelity untuk Software Developer bekerja daripada rumah. Untuk pekerjaaan ini, kelayak minimum adalah diploma atau ijazah dalam Sains Komputer, Software Engineering atau mana-mana ijazah yang berkenaan dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Kerjaya #5 - Medical Laboratory Technician
- Jika dengan menerima specific arahan untuk melaksanakan sesuatu dan anda sendiri lebih arif dengan apa yang bakal anda hadapi dan laksanakan, Juruteknik Makmal Perubatan adalah antara kerjaya untuk anda. Mereka dalam bidang ini selalunya akan bekerja dengan individu pesakit yang tertentu. Dalam apa jua keadaan, hanya anda dan pesakit sahaja. Yang menariknya, dalam bidang ini anda akan berpeluang untuk bekerja di bawah penyeliaan medical laboratory technologist atau laboratory manager dalam penyedian dan penyelidikan saintifik seperti penemuan sample-sample tisu badan manusia, body liquids, dan sebagaianya daripada seseorang pesakit tertentu. Kelayakan akademik yang diperlukan untuk pekerjaan ini adalah 'medical laboratory technician accosiate's degree' - kurang popular di Malaysia.
Kerjaya #6 - Information Security Analyst
- Mencegah jenayah adalah lebih berfaedah daripada menyelesaikan sesuatu jenayah yang telah berlaku. Ini membuktikan kehebatan anda dalam sesuatu bidang seperti yang akan dilakukan oleh Penganalisa Keselamatan Maklumat yang kian popular di zaman cyber ini. Anda akan kurang berinteraksi dengan orang ramai, dan hanya terlibat secara langsung di belakang tabir.
NorulAbdul
No comments:
Post a Comment