Mesti tajuk di atas sudah memadai untuk membuat sesetengah daripada anda semua, MENGELUH! Terutamanya bagi pemandu-pemandu kereta wanita yang BARU sahaja mendapat LESEN Memandu! Bermakna kereta mereka mempunyai ini - Pelekat P di hadapan dan di belakang cermin kereta! Ini adalah sebagai satu medium komunikasi kepada pemandu-pemandu kenderaan yang lain bahawa, kenderaan-kenderaan yang mempunyai pelekat P adalah pemandu baru yang mendapatkan lesen memandu, justeru bertimbang rasa adalah disarankan kepada setiap pemandu di atas jalan raya. Namun sebaliknya pula yang SELALU terjadi.
| Pelekat P pada kenderaan- Gambar Ehsan Google |
| Pemandu baru dengan Pelekat P pada kenderaan - Gambar Ehsan Google |
KEBANYAKAN (ditegaskan di sini - TIDAK semua) pemandu yang sudah lama memandu (kadang-kala yang baru mendapat lesen memandu secara SAH jugak bersikap acuh tidak acuh) kurang bertimbang rasa dengan pemandu yang baru mendapat lesen ini kerana atas beberapa sebab yang antaranya adalah:
1) Ah, lembab-lah, drive macam kura-kura!
2) Bodoh betul depan kan tak der kereta! Bongok jalan-lah!
3) Laju sikit boleh tak bodoh? Aku dah lambat nih.
4) Ah, terhegeh-hegeh, aku potong kang!
5) Budak baru belajar, nih buat aku hangin satu badan nih. Dah tak der kereta tu keluar je lah simpang. Kalau takut baik naik basikal je!
Pernahkah anda menghadapi situasi sebegitu atau ANDA sendiri yang melakukan perkara seperti di atas? Bertimbang rasa lah sedikit di atas jalan raya. Kita dulu juga pernah menjadi pemandu baru sebelum kita menjadi sebegitu MAHIR di atas jalan raya seperti mana kita sekarang ini.
Satu fenomena biasa di atas jalan raya di Kuala Lumpur atau di kebanyakan jalan raya di Malaysia ialah, pemandu yang tidak dibekalkan dengan pengetahuan tentang KEWUJUDAN dan FUNGSI lampu isyarat (signal lights/blinker/indicator) yang amat penting ketika di jalan raya terutama di waktu malam atau dalam keadaan yang gelap atau pandangan kurang jelas.? Jadi tolong-lah nyalakan lampu kenderaan anda bukan sahaja untuk memperlihatkan kewujudan anda di atas jalan raya, mengkomunikasikan arah halu tuju kenderaan anda, tetapi paling penting adalah untuk keselamatan anda dan juga pengguna jalan raya yang lain.
Jangan sampai anda terdengar orang menjerit pada anda, "Hello, brother! Tak guna drive kereta besar-besar, mahal-mahal, kalau tak ada signal...brooo! Naik train je la!"
Fikir-fikirkan!
NorulAbdul
No comments:
Post a Comment